Translate

Thursday 13 December 2012

DEFENDER

Kali ni setelah sekian lama menyepi .. nish nak kongsi lak kateria yang di perlukan untuk menjadi satu account defender yang bagus. Dan seperti biasa nya Nish nak tekankan.. apa yang Nish tulis adalah dari pengamatan dan dari pengalaman Nish sendiri. Setiap orang ada cara mereka sendiri dan ni sekadar tips dari Nish untuk yang ingin tahu.

Sebelum tu.. ni pendapat Nish sendiri la yer.. rugi sebenar nya satu2 account tu hanya nak menjadi PURE defender / defender sepenuh masa. Bosan sangat2 bila log in semata hanya untuk level up kan bangunan dan resources lepas tu tekan troops defend.

Dan tak juga nish nafi kan betapa pentingnya account defend untuk satu2 ally. Account yang bagus account yang boleh menjadi kedua2 nya : Account Hammer dan Account Defend


Apa yang perlu ada dalam kampung defender :

Sekiranya kengkawan nak guna 15C sebagai TF yang menghasilkan non stop defend

- Banggunan Utama
- Titik Perhimpunan
- Agam Wira
- Pasar
- Istana

Selepas itu ada 2 pilihan dan terpulang pada citarasa masing2 :

(i)- Lain2 Slot : bangunkan GUDANG dan JELAPANG untuk menaikkan ladang sehingga ke level tertinggi.

SELEPAS semua ladang dah di naik kan.. baru bangunkan:
- pengisar bijian
- kedai roti
- rumah batu
- akademi (musnahkan setelah menyelidik semua troops)
- Berek
- Kandang Kuda
- Gelanggang Latihan : kalau boleh ke level tertinggi supaya lebih cepat dan pantas bantuan boleh dihantar.

**(ii) Ada juga yang menjadi kan 15C / Capital sebagai "hotel mewah" iaitu sekadar rumah tumpangan untuk troops defend dier. Untuk pemain seperti ini .. akan membuat TF bersebelahan 15C/Capital atau dalam 7x7

** TF = Troop Factory / Kampung yang mengeluarkan troops


TF selain dari 15C (kampung biasa)

-Bangunan utama
-Titik perhinpunan
-Resident
-Agam wira
-Pasar
-Gelanggang latihan
-Bengkel fabrikasi
-Akademi
-Pengisar bijian
-Kedai roti
-Kilang papan
-Fundri besi
-Kilang bata
-Gudang
-Jelapang
-Berek
-Kandang Kuda
-Berek besar (tak diperlukan di awal game dan hehehe nish tak pernah buat pun .. tak berbaloi .. mahal nak buat troops )





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...